Thursday 22 December 2011

barca pesta Goal

Sergi Roberto

Barca sumbat sembilan gol

Barcelona mara ke 16 terakhir Copa del Rey dengan kemenangan 9-0 ke atas Hospitalet di Nou Camp.
Dengan hanya kelebihan 1-0 pada perlawanan pertama, Pep Guardiola menghantar pasukan yang hebat untuk menentang pasukan Segunda Division B itu.
Pedro menjaringkan gol pertama dengan jaringan penalti pasa minit ke-12 sebelum gol dari Iniesta, Thiago,Xavi dan Cristin Tello pada separuh masa pertama.
Isaac Cuenca menajringkan dua gol pada minit kedua, Tello menjaringkan gol keduanya dan Thiago menjaringkan penalti pada minit ke-55.

Wednesday 21 December 2011

United Kembali..

Fulham vs Man Utd: Ryan GiggsFulham 0-5 Man United

Manchester United membelasah Fulham dengan kemenangan kedua dalam empat hari dan meneruskan tekanan ke atas ketua liga City. 
Pasukan Sir Alex Ferguson telah meneruskan prestasi cemerlang mereka untuk mengurangkan jarak dari ketua liga Manchester City.
Danny Welbeck telah mengambil kesempatan dari kesilapan barisan pertahanan Fulham untuk memecahkan kebuntuan pada minit kelima.
Nani telah mara ke hadapan di sayap kiri padang dan memberi hantaran yang cantik kepada Welbeck yang telah menyepaknya dengan senang.
Phil Jones pula digantikan dengan Ashley Young setelah cedera dari cabaran ke atas Dempsey.
Giggs telah menendang tendangan pendek sudut beliau kepada Antonio Valencia yang telah memberi hantaran tepat yang Nani menanduk masuk pada minit ke 28.
United meneruskan serangan mereka dengan Philipe Senderos menjadi mangsa setelah beliau mengasari Welbeck.
Nani kemudian dibenarkan untuk memberi bola kepada Giggs, yang telah merembat bola masuk setelah tertepis Senderos.
Selepas masa rehat, Fulham kelihatan telah berubah permainan dengan serangan mereka sendiri.
Perlawanan memasuki 20 minit terakhir sebelum Rooney mendapatkan gol dari jarak jauh dua minit sebelum masa penamat.
Pemain gantian Berbatov mengakhiri fiesta gol dengan tendangan belakang dari hantaran Valencia pada minit ke 90.

Friday 16 December 2011

Barcelona gembira dengan undian

Football News: Cesc FabregasBintang Barcelona Cesc Fabregas dan Gerard Pique bergembira dengan keputusan Liga Juara-Juara dan akan menghadapi Bayer Leverkusen. 


Fabregas mengakui yang pasukan Jerman itu bukan cabaran yang mudah tetapi lega telah mengelak Zenit St Petersburn dan CSKA moskow kerana ia akan memakan masa rehat pemain.
Dia menyatakan di Twitter: "Kami harus ke Jerman. Bayer 04 Leverkusen. Pasukan Jerman selalunya kuat. Kami telah mengelak pasukan Rusia. Baik."
Gerard Pique teruja akan peluang untuk bermain di suasana stadium Jerman.
Pique menyatakan di Twitter: "Kami akan bertemu Bayer Leverkusen! Bagus! Saya memang menunggu peluang untuk bermain di stadium Jerman. Ia adalah suasana yang bagus untuk bermain bola sepak!"
Barcelona adalah pilihan kegemaran untuk ke pusingan seterusnya. Perlawanan pertama dijadualkan pada 14 Febuari di BayArena.

Saturday 10 December 2011

Real Madrid 1-3 Barcelona

Barcelona kembali dari jaringan gol terpantas sejarah El Clasico untuk memecahkan rekod kemenangan 15 perlawanan oleh Real Madrid. 



Walaupun telah memenangi La Liga tiga tahun berturut-turut dan mengatasi Real dalam liga domestik dan Liga Juara-Juara, pasukan Pep Guardiola bukan pilihan kegemaran dalam perlawanan El Clasico kini.
Prestasi Madrid dan kedudukan mereka di atas Barca dengan satu perlawanan dalam tangan dan mendahului dengan tiga mata juga jelas mengapa ia begitu, apa lagi dengan jaringan Karim Benzema setelah hanya 23 saat.
Tetapi Barcelona menunjuk mengapa mereka disertakan dalam Piala Kelab Dunia FIFA sebagai wakil kelab terbaik di Eropah, dengan tiga jaringan gol.
Gol pertama dan ketiga oleh Alexis dan Cesc Fabregas dijaringkan 60 saat setelah dua percubaan oleh Christiano Ronaldo yang terlepas sasaran sementara gol kedua oleh Xavi yang telah bermanfaat dari rembatannya yang terpesong masuk.
Valdes telah tertendang bola ke Angel Di Maria dan tendangan Mesut Ozil dihalang Serio Busquests tetapi Benzema tiba di masa yang tepat untuk memasukkan bola.
Madrid telah menguasai perlawanan setakat ini, Ronaldo meneriman bola dari Benzema di luar kotak penalti dan mengambil peluang untuk mencuba nasibnya walaupun boleh memberinya kepada Di Maria, dia terlepas sasaran.
Alexis pula mengambil peluangnya dengan baik dan menjaringkan gol setelah Messi menggelecek bola melalui barisan pertahanan Real pada minit ke-30 dan menyamakan kedudukan.
Selepas masa rehat, Xavi yang bintangi gerak serangan dengan penampilan ke-600 untuk Barca dengan percubaan yang bernasib baik. Rembatannya dari jauh telah terpesong oleh Marcelo masuk.
Madrid kelihatan terkejut dengan kehilangan kelebihan gol mereka dan Ronaldo telah sekali lagi terlepas assaran dengan tandukkan yang luas.
Dalam 60 saat selepas peluang Ronaldo, Fabregas menanduk bola masuk setelah menerima hantaran tepat Dani Alves.
Madrid meneruskan serangan mereka tetapi ia terlalu lambat.
Malam El Clasico ini, Barca menyerlah.

Friday 9 December 2011

Kaka: Real mampu meningkat lagi

Football News: Real Madrid vs Rayo Vallecano
Dengan perlawanan El Clasico bersama Barcelona minggu ini, Kaka telah menyatakan yang pasukannya masih mampu meningkat.
Real Madrid mempamerkan prestasi yang dahsyat musim ini setelah menjadi satu-satunya pasukan yang telah memenangi kesemua perlawanan Liga Juara-Juara, serta menguasai La Liga dan mendahului Barcelona dengan tiga mata dan satu perlawanan dalam tangan.
Pertemuan itu memberi Real peluang untuk meluaskan lagi kelebihan mereka di tempat teratas meja, dan memberi amaran kepada Barcelona, yang telah mengatasi mereka pada musim-musim yang lepas.
"Pasukan kami sudah ternyata bagus." Kaka memberitahu AS. "Saya rasa kami masih boleh meningkatkan dan memperbaiki permainan kami."
"Kami ke arah tujuan yang baik dan harus meneruskannya."
Kaka juga menegaskan yang Real tidak akan terjejas dengan perlawanan El Clasico itu dan berkata yang Los Blancos tidak akan hilang fokus.
"Kami memang mimikirkan tentang perlawanan itu, tetapi tidak berbincangkannya."
"Ia jelas satu perlawanan yang bermakna."
Kaka masih berusaha untuk ke dalam pasukan pertama Real setelah kecederaan panjang dan telah menjaringkan empat gol dalam 15 perlawanan musim ini.

Monday 28 November 2011

Nazmi pemain terbaik negara ketika menentang Bahrain


Image © AFP 
Pemain negara Muhamad Nazmi Faiz Mansor (bawah,tengah) berusaha keras merebut bola dengan pemain Bahrain ketika beraksi dalam perlawanan Kelayakan Olimpik Zon Asia di Bukit Jalil, 27 November 2011.

KUALA LUMPUR - Bintang muda negara Muhamad Nazmi Faiz Mansor terkilan apabila gagal merealisasikan hasrat peminat yang mahu menyaksikan Malaysia meraih kemenangan ke atas Bahrain.
Pemain yang beraksi di bahagian tengah ini nyata merupakan pemain terbaik negara ketika kekalahan mengecewakan 3-2 kepada Bahrain di Stadium Bukit Jalil itu.
Malah nama Nazmi Faiz kini semakin meniti di bibir peminat bola sepak tanah air dengan aksi di tengah padang dengan merekodkan gol cantik, antarabangsa pertamanya.
Anak muda berusia 17 tahun dari Kuala Lumpur ini mempamer aksi cukup matang menerusi kawalan bola kemas dan hantaran yang mampu mengucar-kacirkan  pertahanan lawan.
Nazmi yang merupakan antara tonggak skuad Sukan Sea Malaysia membuktikan dia juga mampu menjadi penyumbang jaringan buat skuad negara. Apa yang perlu, bakatnya perlu digilap untuk menjadi pemain bertaraf dunia suatu hari nanti.

Sunday 27 November 2011

Kekalahan Malaysia sukar diterima


 Isnin, 28 November 2011

Mahalli Jasuli (kanan) mengejar bola semasa menentang Bahrain dalam perlawanan Kumpulan C Pusingan Kelayakan Olimpik di Bukit Jalil pada 27 November 2011.
 
           
KUALA LUMPUR,  - Biarpun Bahrain bermain dalam sepuluh pemain, namun Malaysia gagal mengekang kemaraan mereka apabila tewas 3-2 dalam perlawanan Kelayakan Sukan Olimpik, Kumpulan C, di Stadium Bukit Jalil.
Apa yang lebih sukar untuk diterima peminat, Bahrain hanya mengambil masa lima minit pada babak kedua untuk mencapai kemenangan selepas ketinggalan 2-0. Bahrain bangkit menerusi jaringan Saad Salah Al Amer pada minit ke-80 dan dua gol oleh Isa Ahmed Muthanna pada minit ke-85 dan 86.
Pada awalnya, rembatan luar kotak penalti oleh Muhammad Nazmi Faiz Mansor pada minit ke-27 meletak Malaysia didepan dengan kedudukan 1-0. Nazmi yang mengawal kemas hantaran jauh daripada bawah, berjaya melepaskan rembatan di luar kotak penalti ke arah sudut kanan gol untuk menewaskan penjaga gol Bahrain, Ashraf Waheed.
Gol tersebut nyata menaikkan semangat Malaysia untuk melakukan serangan demi serangan, sekaligus mengubah corak permainan untuk lebih agresif.
Tersentak dengan gol tersebut, Bahrain turut melakukan serangan-serangan berbahaya di kubu Malaysia. Fahad Tareq menerima nasib malang apabila menerima kad merah selepas mengasari Mohd Affize Faizal pada minit ke 55, dalam pada ketika dia turut mengerang kesakitan.
Dalam keadaan kelam kabut di depan pintu gol Bahrain, Mahali Jasuli kemudiannya tampil menjaringkan gol kedua pada minit ke 60.
Kehilangan Nazmi akibat kecederaan nyata mencacatkan corak permainanan Malaysia. Malah, kelekaan benteng pertahanan negara membawa padah apabila Bahrain mula mengatur gerakan pantas dan teratur untuk memburu gol.
Sorakan penyokong di stadium tiba-tiba senyap apabila Bahrin meraih gol pertama mereka menerusi Saad Salah pada minit ke-80. Pada minit ke 85, Bahrain menyamakan kedudukan menerusi Isa Ahmed, sebelum dia sekali lagi merembat masuk seminit kemudian, hasil daripada sepakan percuma untuk menewaskan Kharul Fahmi Che Mat.
Sebelum itu, peluang kemasan diperolehi Wan Zack Haikal tetapi, gagal disempurnakan dengan baik pada minit ke-8. Di awal permainan, Bahrain turut memiliki peluang terbaik apabila hantaran cantik melewati pintu gol yang terbuka luas, gagal disempurnakan oleh Sami Mohamed pada minit ke-17.
Pada minit ke-37, Thamil Arasu dilayangkan kad kuning kerana tidak mengendahkan tiupan wisel pengadil selepas dia berada dalam kedudukan ofsaid.
Penampilan Wan Zack Haikal tidak begitu menyerlah dan tambahan pula dia mengalami kecederaan, membuatkan Ong Kim Swee terpaksa menggantikannya dengan Shahrul Azwari pada minit ke-40.
Harapan Malaysia untuk beraksi pada Sukan Olimpik 2012 semakin pudar selepas menerima kekalahan ketiga itu dan ia adalah kemenangan pertama Bahrain dalam kumpulan C.
Malaysia dijadualkan menentang Bahrain pada perlawanan timbal balik pada 5 Februari depan sebelum menerima kunjungan Jepun pada 22 Feb depan dan menutup aksi kumpulan dengan menentang Syria pada 14 Mac nanti. 

Monday 21 November 2011

Harimau Muda kekalkan pingat emas Sukan Sea

Selasa, 22 November 2011


Image © AFP 
Pasukan Malaysia meraikan kejayaan memenangi pingat emas acara bola sepak selepas menewaskan Indonesia dalam perlawanan akhir Sukan Sea ke-26 di Jakarta, 21 November 2011.


KUALA LUMPUR, (Arena.my) - Sukar untuk menggambarkan betapa gembiranya seluruh peminat bola sepak Malaysia apabila skuad bawah-23 negara mencipta sejarah dengan berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Sea selepas menewaskan Indonesia di peringkat akhir.
Aksi yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno dalam lautan penyokong tempatan nyata mendebarkan sehinggalah menyaksikan kemenangan Malaysia 5-4, 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.
Baddrol Bakhtiar yang mengambil sepakan terakhir menjadi wira apabila mengesahkan kemenangan Malaysia, biarpun tendangannya hampir-hampir diselamatkan.
Terdahulu, sepakan pemain Indonesia, Gunawan terkena tiang untuk memberi harapan kepada Malaysia. Namun tendangan penyerang negara Fakri turut diselamatkan, sebelum Khairul Fahmi kembali mencerahkan peluang selepas menyelamatkan tendangan lawan.
Dalam aksi 90 minit, Indonesia meraih gol pembukaan hasil tandukan Gunawan pada minit ke-5 permainan selepas menyambut baik sepakan penjuru. Gol tersebut nyata menggamatkan Stadium dan menyentap semangat pemain anak buah Ong Kim Swee, namun ia tidak menggagalkan skuad negara untuk memburu gol.
Malaysia berjaya menyamakan kedudukan hasil tandukan Asrarudin Putra di sebelah kiri gol pada minit ke 35, selepas menyempurnakan sepakan penjuru. Saingan cukup mendebarkan dengan aksi agresif dalam 45 minit pertama yang turut menyaksikan banyak percubaan-percubaan berbahaya daripada kedua-dua pasukan.
Malaysia hampir-hampir menambahkan jaringan selepas percubaan depan pintu gol apabila rembatan Asrarudin tepat menuju kearah penjaga gol Indonesia, sebelum percubaan Irfan juga didakap.
Pada minit ke 57, pertembungan pemain didepan pintu gol Indonesia, nyaris-nyaris membuahkan jaringan untuk Malaysia.
Kedua-dua pasukan berbalas serangan dan Malaysia sekali lagi mendapat peluang keemasan apabila jolokan baik daripada Irfan gagal disudahkan oleh Fakri.
Pada separuh masa kedua bermula, Indonesia mempamerkan penguasaan dan turut menyaksikan percubaan -percubaan bahaya terutamanya daripada penyerang berbisa Bonai.
Kedudukan 1-1 kekal sehingga 90 minit dan juga 30 minit masa tambahan, sekaligus memaksa pengadil mengheret permainan hingga ke penentuan penalti.
Ia adalah kemenangan pingat emas keenam dimenangi skuad bola sepak Malaysia dalam Sukan Sea selepas kali terakhir diperolehi pada 2009 di Loas.

Wednesday 9 November 2011

Izzaq Faris hadiahkan tiga mata buat negara



Khamis, 10 November 2011

Image © AFP
Pemain kebangsaan, Izzaq Faris Ramlan (kanan) meraikan jaringannya ke atas Thailand bersama rakan sepasukan di peringkat kumpulan Sukan SEA di Jakarta.

KUALA LUMPUR, (D5) - Persembahan meyakinkan daripada pasukan Malaysia! Izzaq Faris Ramlan muncul wira negara dengan meledakkan gol kemenangan ke atas Thailand.

Malaysia yang turun bagi perlawanan kedua di Stadium Gelora Bung Karno merekodkan kemenangan 2-1  dan terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-24.

Kapten negara itu tidak mempersiakan peluang terhidang apabila tenang menolak masuk bola ke dalam gawang untuk memberi suntikan keyakinan kepada rentak permainan negara.

Sejak wisel dibunyikan, Thailand berusaha memburu gol penyamaan, bagaimanapun mereka tidak gopoh dalam mengaturkan serangan. Pasukan Gajah Putih itu tenang mengatur gerakan dari bahagian tengah sambil mengintai lorongan-lorongan yang boleh menghukum pasukan negara.

Walaupun bagaimanapun, Malaysia mula mendapat semula rentak permainan yang menyaksikan kelicikan Syahrul Azwari Ibrahim banyak memainkan peranan di barisan serangan.

Dia beberapa kali hampir mencatatkan namanya sebagai penjaring sekalipun secara berseorangan. Penyerang berasal dari Kota Bharu tergelincir tatkala sudah berjaya melepasi kawalan pemain lawan.

Malaysia semakin garang dan terlepas peluang untuk mengukuhkan kedudukan apabila Syahrul Azwari memilih untuk menghantar bola ke kawasan kotak penalti biarpun dia sendiri berpeluang untuk melakukan percubaan.

Thailand yang bermain dengan 10 pemain akibat kecederaan sebaliknya menghukum kealpaan pertahanan. Khairul Fahmi Che Mat tertewas selepas pertahanan negara sekadar memerhatikan rembatan penyerang lawan dari dalam kotak penalti.

Bagaimanapun sembilan minit kemudian, pemain gantian, Izzaq Faris yang masuk menggantikan Wan Zaharul Nizam melenyapkan kegusaran negara. Dia membalas kepercayaan Ong Kim Swee dengan melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti.

Malaysia kemudian meneruskan asakan di minit-minit akhir perlawanan sehingga berjaya mencemaskan kubu lawan.

Monday 7 November 2011

Mata Bangkit Dalam Babak Barunya di Chelsea

Apabila Juan Mata ditunjukkan jalan keluar oleh Real Madrid pada tahun 2007,dia bimbang peluangnya  untuk menuju kegemilangan ialah berakhir untuk selama-lamanya...


Dalam era yang mana fokus Real Madrid adalah menrekrut permain bintang dan obsesi komersial untuk mendomitasikan pasaran penjualan jersi replika,permain muda berpontensi seperti Mata tidak pernah dharapkan akan menempatkan diri dalam pasukan yang sarat dengan aura bintang seperti Beckham,Raul,Robinho.


Ini bagaikan tidak bermakna bahawa Mata cenmerlang dalam pasukan kedua Real Madrid selepas dia disambar Real Ovieda sebagai permain yang berpontensi pada usia 15 tahun apabila budaya selebriti di kelab menyaksikan dia dihantar ke Valencia.


Berpindah ke Stadium Mestalla dianggap sebagai turun pangkat untuk remaja yang menetapkan misi mengecapkan kegemilangan di kelab paling bersejarah di Sepayol,namun inilah remaja yang kemudiannya menjadi juara piala dunia sebelum menyempurnakan perpindahan 23.5 juta ke Chelsea bulan Ogos lalu.inilah remaja yang mengakui rasa kecewa ditolak telah membakar semagatnya untuk berjaya


"Hanya untuk merasai kehidupkan di Real Madrid menbuatkan saya mahu menjadi sebahagian daripada  sejarah besar bola sepak dan hari mereka menjual saya telah menjadi permulaan karier saya", kata Mata yang segera mengukuhkan dirinya sebagai bintang yang semakin menyinar dalam pasukan utama valencia.


"Memang mengagumkan untuk dipilih ke Real Madrid dan bergaul dengan nama-nama besar.Itu pengalaman yang takkan saya lupakan.meninggalkan keluarga saya dan berpindah sendirian merupakan satu cabaran tapi ini adalah sebahagian daripada perjalanan saya.".


"saya tidak terkejut apabila Real Madrid memberitahu mereka mahu menjual saya ke Valencia pada 2007 kerana beginilah cara kelab berfunsi.mereka membeli permain terkenal dan permain muda akan sentiasa menyedari bahawa sukar untuk berjaya memasuki pasukan utama".


"jadi saya berkata kepada diri sendiri,saya bertuah menjadi sebahagian daripada pasukan Real Madrid untuk waktu yang singkat,kini saya menmafaatkan pengalaman itu dan membuktikan bakat saya cukup bagus untuk membawa saya bermain ke tahap yang ada di Real Madrid.


Valencia menletakkan kepercayaan yang tinggi pada saya dan ini tugas saya untuk membalas kembali.sokogan mereka,harapnya mereka kini boleh mengatakan saya telah melakukannya.saya tiba di kelab secara percuma dan mereka menerima bayaran yang cukup bagus untuk saya menyertai Chelsea .saya juga memberikan waktu memgembirakan semasa berada di dalm kelab jadi semua orang bersetuju dengan perjanjian ini.

Saturday 5 November 2011

Kim Swee tetap sasaran peribadi


Ahad, 6 November 2011

Image © AFP
Baddrol Bakhtiar akan menjadi inspirasi rakan-rakannya di atas padang di Jakarta nanti. (gambar arkib)

KUALA LUMPUR, (D5) - Biarpun hadir di Jakarta dengan objektif mempertahankan emas Sukan SEA, Ong Kim Swee menetapkan sasaran peribadi terhadap skuad kendaliannya.

Jurulatih itu lebih senang untuk menumpukan perhatian untuk mara ke peringkat separuh akhir terlebih dahulu kerana sedar adalah penting untuk anak buahnya tidak terlalu tertekan untuk ke peringkat saingan kalah mati.

"Kami perlu memberi tumpuan kepada peringkat kumpulan terlebih dahulu.

"Perlawanan pertama cukup penting kerana kita tahu Singapura memiliki kewibawaan terutamanya ketika bertemu pasukan Malaysia," katanya selepas tiga hari pasukan Malaysia menjalani latihan di Stadium Bung Karno.

Walaupun menggalas tanggungjawab yang besar, Kim Swee tetap optimis dengan kemampuan skuadnya dengan berkata, "Kebimbingan tidak terlalu ketara ekrana kami telah menempuhi banyak perlawanan serta pengalaman yang cukup luas."

Pasukan Malaysia akan memulakan kempen bola sepak Sukan SEA menentang Singapura pada jam 4:45 petang yang akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro 801. 

Friday 4 November 2011

Atletico menang besar, Fulham hampir mara


Pemain Udinese, Emmanuel Agyemang-Badu (kiri) berusaha merebut bola dengan pemain Atletico Madrid, Eduardo Salvio ketika saingan Kumpulan I, Liga Europa antara Atletico de Madrid dan Udinese di Stadium Vicente Calderon di Madrid.

MADRID, (PA Sports) - Atletico Madrid memadamkan rekod tanpa kalah Udinese dalam saingan Kumpulan I, Liga Europa selepas mengecewakan pasukan itu 4-0.
Udinese yang tiba di Stadium Vincente Calderon dengan penuh keyakinan dan menyedari sekiranya menang akan membawa mereka dalam kedudukan 32 terbaik.
Namun, impian mereka musnah selepas Atletico mendahului 3 gol di separuh masa pertama apabila Adrian Lopez menjaringkan dua gol sebelum Diego menambah menjaring. Pada separuh masa kedua pula, Falcao Garcia melengkapkan kemenangan Atletico dengan jaringan keempat mereka.
Manakala jurulatih FC Twente, Co Adriaanse menarik nafas lega setelah skuadnya berjaya melayakkan diri ke peringkat kalah mati apabila pemain simpanan Leroy Fer menjaringkan gol diminit 82 untuk menumpaskan kelab Denmark, Odense BK 3-2 dalam Kumpulan K.
Kemenangan itu membawa FC Twente mengumpul 10 mata dari empat perlawanan, tiga mata mengatasi saingan terdekat Fulham yang turut menghampiri kelayakan apabila pemainnya Damien Duff, Steve Sidwell dan Andrew Johnson menjamin kemenangan 4-1 keatas Wisla Krakow.
Sementara itu, kelab pendahulu liga Belgium, Anderlecht turut mara ke peringkat seterusnya dengan mengekalkan 100 peratus kemenangan dalam Kumpulan L selepas  menang buat kali keempat ketika menewaskan Sturm Graz 3-0.
Kelab Moscow, Lokomotiv Moskva pula kini berada di tangga kedua dengan 9 mata selepas menewaskan pasukan AEK Athens 3-1 hasil jaringan Denis Glushakov, Maicon dan Vladislav Ignatyev.
Dalam saingan Kumpulan G, Metalist mengekalkan penguasaannya dengan kemenangan keatas Malmo 3-1. AZ Alkmaar berada ditangga kedua, satu mata mengatasi Austria Vienna selepas mengecewakan pasukan itu  2-0.
Sporting Braga melompat dari tangga ketiga ke kedudukan pertama Kumpulan H selepas menang besar 5-0 keatas Maribor. Lima, Alan, Uwa Echiejile, Paulo Vinicius dan Fran Merida masing-masing menghadiahkan gol.
Dalam keputusan lain menyaksikan Birmingham dan Club Brugge berkongsi satu mata selepas terikat 2-2 dalam saingan Kumpulan H. Celtic meraih peluang untuk mara ke peringkat seterusnya selepas pemainnya Anthony Stokes menjaringkan gol kemenangan 3-1 keatas Stade Rennes dalam Kumpulan I.
Pendahulu Kumpulan J, Schalke seri tanpa jaringan dengan AEK Larnaca, sementara Steaua Bucharest mara selepas mencatat kemenangan 4-2 keatas Maccabi Haifa.

Thursday 27 October 2011

Juara bertahan menang mudah





Penyerang Barcelona, David Villa meraikan jaringannya menentang Viktoria Plzen dalam perlawanan Liga Juara-juara Eropah di Nou Camp.

KUALA LUMPUR, (D5) - Juara bertahan, Barcelona mudah menewaskan kelab Republik Czech, Viktoria Plzen 2-0 dalam saingan kumpulan H Liga Juara-juara Eropah di Nou Camp awal pagi tadi.
Serangan gandingan Lionel Messi dan Andrei Iniesta mudah meletakkan Barca di hadapan seawal minit ke-10 dengan Iniesta mudah menyumbat masuk gol pembukaan.
David Villa melengkapkan kemenangan 2-0 Barca selepas menolak masuk bola muntah percubaan Messi sepuluh minit sebelum permainan tamat untuk memberikan tiga mata penuh kepada Barca.
Dalam satu lagi perlawanan kumpulan H, AC Milan menumpaskan BATE Borisov juga 2-0 di San Siro.
Zlatan Ibrahimovic membuka jaringan Milan pada minit ke-33 sebelum Kevin Prince Boateng menghasilkan gol kedua pada minit ke-70.
Milan kini di tempat kedua kumpulan H dengan perkongsian tujuh mata bersama Barcelona.
Dalam kumpulan F pula, kelab Inggeris, Arsenal bernasib baik menewaskan Marseille 1-0 di Perancis.
Aaron Ramsey menjadi penyelamat the Gunners dengan jaringannya pada minit-minit kecederaan dalam perlawanan yang menyaksikan enam kad kuning dilayangkan.
Satu lagi perlawanan kumpulan F menyaksikan Olympiakos Piraeus mengejutkan juara Jerman, Borussia Dortmund 3-1.
Kelab Inggeris, Chelsea mengamuk di tempat sendiri apabila membelasah Racing Genk 5-0.
Penyerang sensasi, Fernando Torres menyumbat dua gol (min 11, 27) untuk membantu kelab London itu berada di tangga teratas kumpulan.
Lain-lain gol dijaringkan oleh Raul Meireles pada minit kelapan, Brainslav Ivanovic (min-42) dan Salomon Kalou (min-75).
Satu lagi perlawanan kumpulan E menyaksikan Bayer Leverkusen menewaskan Valencia 2-1.
Lain-lain keputusan memyaksikan FC Porto seri 1-1 lawan APOEL Nicosia manakal Shakhtar Donetsk seri 2-2 menentang Zenit St. Petersburg.

City tempah tiket suku akhir


Penyerang Man City, Edin Dzeko (Kanan) menjaringkan gol keduanya semasa pertemuan pusingan ke-4 Piala Carling menentang Wolverhampton di Stadium Molineux pada 26 Oktober 2011. City menang 5-2.

LONDON, (AFP) - Manchester City meneruskan rentak kemenangan mereka daripada kejayaan membelasah Man Utd dengan menjadikan Wolves sebagai mangsa pada saingan Piala Carling yang berlangsung semalam sekaligus menempah tiket ke suku akhir.
Anak buah membenam Wolves dengan penuh bergaya 5-2 dan memberi petanda jelas kepada lawan mereka tentang keseriusan untuk meraih kejuaraan trofi musim ini.
Dua jaringan Edin Dzeko serta disusuli kemudiaan jaringan Adam Johnson, Samir Nasri dan a Dorus De Vries melengkapkan kemenangan City pada perlawanan di Stadium Molineux tersebut.
Namun, City terlebih dahulu dikejutkan tuan rumah menerusi gol pembukaan Nenad Milijas pada minit ke-18 namun kebangkitan pemain City selepas itu sukar disekat dan menyaksikan mereka membalasnya dengan lima gol.
Gol saguhati kedua dijaringkan Jamie O'Hara pada babak akhir permainan tetapi ia sudah terlewat buat skuad bimbingan Mick McCarthy.
Dalam keputusan perlawanan lain menyaksikan Chelsea berjaya bangkit daripada kekalahan mengejut dengan membenam Everton 2-1, Liverpool menewaskan Everton 2-1 dan Newcastle pula tewas 4-3 kepada Blackburn dalam perlawanan yang bersambung hingga masa tambahan.

Tuesday 25 October 2011

Kompany kapten tetap City

Roberto  Mancini mengesahkan Carlos Tevez bukan lagi kapten skuad Manchester City

Penyerang antarabangsa Argentina berusia 27 tahun itu secara terbuka mengulangi hasratnya untuk meninggalkan City pada musim panas ini,tetapi gagal menemui kelab baru sebelum pasaran perpindahan permain ditutup.
Walaupun dia kini telah kembali cergas sepenuhnya dan telahpun menbuat kemunculan semula,posisinya sebagai kapten telah diserahkan kepada permain pertahanan,Vincent Kompany,yang telah  memikul tanggungjawab tersebut pada tiga perlawanan pertama City.kerana permintaannya untuk meninggalkan kelab.
"kapten pasukan kini ialah Vincent Kompany"kata Mancini "sebab-sebab adalah mudah.Tevez mahu meninggalkan kelab pada musim panas ini di atas sebab-sebab keluarga.
"saya menghormati keputusannya untuk meninggalkan kelab,tetapi Tevez masih berada di sini kerana kami tidak menemui penyelesaian masalah buatnya.
"dia merupakan permain yang hebat buat kami,permain yang mampu menjaringkan 20gol semusim,tetapi saya telah membuat keputusan bahawa Kompany adalah kapten pasukan".

Beckham Dalam Perhatian PSG

pengarah sukan paris saint-germain(PSG) leonardo menyatakan dia berminat untuk membawa bekas kapten England,David Beckham ke kelab tersebut

beckham telah dikaitkan dengan perpindahan semula ke england,berkemungkinan besar bersama Tottenham Hostpur dan OPR,tetapi leonardo mahu destinasi permain berusia 38 tahun itu yang berikutnya adalah ibukota perancis."saya pernah melatihnya di Ac Milan(ketika beckham dipinjamkan dari kelab MLS,La Galaxy) dan kami telah menbentuk hubungan yang baik"kata leonardo."dia  lebih daripada seseorang pemain bola sepak,tetapi dia telah menjalani latihan dan bermain seperti seorang remaja."dia adalah seseorang yang saya amat hargai dan kangumi-nilai-nilai yang ada padanya dan segala yang telah dia lakukan dalam bola sepak."
PSG kini disokong oleh Qatar Sports Invesment dan merupakan antara kelab eropah yang berbelanja paling besar musim ini.
kelab tersebut telah membelanjakan 75.6 juta untuk membawa masuk permain-permain baru,hanya kurang 3 juta berbanding jumlah yang telah dibelanjakan oleh Manchester City...

мʏ ℓσѴɛ ƨтσяʏ 2...

kenangan yang cukup indah bermula masa ulang tahunnya yg ke 15 aku telah lama merancang untuk meyambut hari lahirnya sebelum itu aku ada juga tanya apa yg dia suka dia memberitahu dia suka teddy bear dan kek coklat aku pun menrancang untuk membelinya dan ingin menyambut hari lahirnya.....
 
semua bermula di pagi  itu aku datang dengan ceria menunggu rancangan ku berjaya aku bawa hadiah dan kek hari jadi untuknya pagi itu mula menrancang bersama kawan2 ku....
aku memberinya patung teedy bear dan button yang bertulis aliff love syazlyana dan kek kegemarannye kek coklat...
kelihatan wajah gembira dan mungkin terharu jugak kalau tak silap aku mungkin kelihatan air mata terharu dari wajahnya....

hubungan kami bertambah rapat setelah aku memulakan pangilan "awk saya" nampaknya dia menyambut pangilan itu dan hubugan kami terus mesra walaupun masih belum couple lagi..

selepas itu berlakunya satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan tarith yang buat aku bahagia semua bermula masa cuti sekolah dimana kami ada kelas tambahan PDCA pagi itu kelas matematik macam biasalah aku kan tak pandai math mana nk tau math3 nie just mai wat semak jew tapi mai nk tgk si dia aku tengok dia kusyuk kew wat math nk kte pandai math la 2...aku tegur dia nk pinjam kertas math aku pun memanfaatkan keadaan ini duduk study sekali belajar math mungkin nie jugak kenagan yang tak boleh dilupakan...

akhirnya tiba lah di hari yang paling indah bagiku di pagi ahad yang indah cuaca pun okea masa tu tak hujan macam biasa jew pagi tu aku mesej seperti biasa pagi tu jugak aku ingin memberinya satu ayat dengan harapan dia menerima aku setelah lama aku menunggu dengan penuh kesabaran setelah permintaan aku sebanyak 13 kali ditolak dengan harapan kali ke 14 diterima..tak silap dalam pukul 10.30am pagi tu lah aku mesej dia dan memberi ayat itu selepas aku bagi dia banyak tanya lagu apew ayat apew dalam hati ini ingat dia masih tak bolah terima aku...tapi tak sangka pula pada tarith 05/06/11 dia dapat menerima aku..

pada tanggal 05/06/11 tarith yang aku tidak dapat lupakan sampai bila-bila ialah bukankah menjadi satu pekara biasa jika kita tidak dapat melupakan sesuatu yang indah mahupun pahit kenangan ialah sesuatu yang biasa dalam hidup kita ia tidak boleh dilupakan apakah lagi ia sanga3lah indah...

ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati kepada seseorang,satu jam untuk menyukai seseorang,satu hari menyintai seseorang,tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang


Monday 24 October 2011

мƳ ℓσѴɛ ƨƬσЯʏ



semua bermula setelah 3 bulan aku berpindah ke Smk Batu Kawan,Perkenalan Aku bersama Si Dia,Iaitu Nur Syazlyana .Pertama kali aku melihatnya aku telah mula terpikat Dengan Si Dia,Aku meminta Nombor telefon Si dia dari kawanku,Aku mula menghantar mesej kepada si dia,Dari itu dia bertanya siapa aku ?Dari situ aku mula memikatnya.  .Namun dia bukan seperti wanita lain yang pernah aku kenal . .Dia ingin mencari lelaki yang benar setia,Adakah aku Setia ? ?
Namun aku tidak berputus asa setelah permintaanku ditolak beberapa kali ? Dalam Perjalanan Memikatnya agak susah namun yang menjadi bekalan aku ialah Kesabaran Dan Kesetiaan

Pada Suatu hari,dimana perbualan aku dengan si dia,dihari perjumpaan waris kenangan yang tidak boley aq lupa smpai Bila2
Dalam Ingatan aku,aku merasakan Dah hampir 13 kali aq meminta couple dari si dia,namun aku tidak berputus asa,dan aku berharap dia dapat menerima aku dalam hidup dia.Bagaimana Lagi cara untuk aq Memikatnya ?Aku hanya bersabar dan aku hanya akan terus memikatnya hingga si dia menerima aku . .

 *** NANTIKAN SAMBUNGANYA )Hehehe ) ***


KETIKA CINTA BERTASBIH


Abdullah Khairul Azzam – 28 tahun- pemuda tampan dan cerdas dari sebuah desa di Jawa Tengah. Dari kecil, Azzam sudah terlihat sebagai anak yang sangat baik budi pekertinya. Atas usahanya yang gigih dia berhasil memperoleh bea siswa untuk belajar di Al Azhar Mesir selepas menamatkan Aliyah di desanya.



Baru setahun di Kairo dan menjadi mahasiswa berprestasi peraih predikat Jayyid Jiddan (Lulus dengan Sempurna), ayahnya meninggal dunia. Sebagai anak tertua Azzam mau tidak mau harus bertanggung jawab atas kehidupan keluarganya, dikarenakan adiknya masih kecil-kecil. Sementara itu, dia sendiri harus menyelesaikan studinya di Negara orang. Akhirnya dia mulai membagi waktu untuk belajar dan mencari nafkah. Ia mulai membuat tempe dan bakso yang ia pasarkan di lingkungan KBRI dia Kairo. Berkat keahlian dan keuletannya dalam memasak, Azzam menjadi populer dan dekat dengan kalangan staf KBRI di Cairo. Tapi hal itu berimbas pada kuliah Azzam, sudah 9 tahun berlalu, ia belum juga menyelesaikan kuliahnya.

Seringnya Azzam mendapatkan job di KBRI Cairo mempertemukan ia dengan Puteri Duta Besar, Eliana Pramesthi Alam. Eliana adalah lulusan EHESS Perancis yang melanjutkan S-2 nya di American University in Cairo. Selain cerdas, Eliana juga terkenal di kalangan mahasiswa karena kecantikannya. Ia bahkan pernah diminta main di salah satu film produksi Hollywood, juga untuk Film layar lebar dan Sinetron di Jakarta. Segudang prestasi dan juga kecantikan Eliana membuat Azzam menaruh hati pada Eliana. Tetapi Azzam urung menjalin hubungan lebih dekat dengan Eliana, karena selain sifat dan kehidupannya yang sedikit bertolak belakang dengan Azzam, juga karena nasihat dari Pak Ali, supir KBRI yang sangat dekat dengan keluarga Eliana.





Apa yang dikatakan Pak Ali cukup terngiang-ngiang di benaknya, bahwa ada seorang gadis yang lebih cocok untuk Azzam. Azzam disarankan untuk buru-buru mengkhitbah (melamar) seorang mahasiswa cantik yang tak kalah cerdasnya dengan Eliana. Dia bernama Anna Althafunnisa, S-1 dari Kuliyyatul Banaat di Alexandria dan sedang mengambil S-2 di Kuliyyatul Banaat Al Azhar – Cairo, yang juga menguasai bahasa Inggris, Arab dan Mandarin. menurut Pak Ali, kelebihan Anna dari Eliana adalah bahwa Anna memakai jilbab dan sholehah, bapaknya seorang Kiai Pesantren bernama Kiai Luthfi Hakim.





Ada keinginan Khaerul Azzam untuk menghkhitbah Anna walaupun ia belum pernah bertemu atau melihat Anna. Karena tidak punya biaya untuk pulang ke Indonesia, Pak Ali menyarankan supaya melamar lewat pamannya yang ada di Cairo, yaitu Ustadz Mujab, dimana Azzam sudah sangat mengenal ustadz itu. Dengan niat penuh dia pun datang ke ustadz Mujab untuk mengkhitbah Anna Althafunnisa. Tapi ternyata lamaran itu ditolak atas dasar status. Karena S-1 Azzam yang tidak juga selesai, dan lebih dikenal karena jualan tempe dan baso. Selain itu, Anna telah dikhitbah lebih dulu oleh seorang pria yang alih-alih adalah Furqon, sahabat Azzam yang juga mahasiswa dari keluarga kaya yang juga cerdas dimana dalam waktu dekat akan menyelesaikan S-2 nya. Azzam bisa menerima alasan itu, meskipun hatinya cukup perih.





Tetapi kemudian Furqon mendapat musibah yang sangat menghancurkan harapan-harapan hidupnya. Hal tersebut membuatnya menghadapi dilemma antara ia harus tetap menikahi Anna yang telah dikhitbahnya, tetapi itu juga sekaligus akan dapat menghancurkan hidup Anna.





Sementara itu Ayyatul Husna, adik Azzam yang sering mengirim berita dari kampung, membawa kabar yang cukup meringankan hati Azzam. Agar Azzam tidak perlu lagi mengirim uang ke kampung dan lebih berkonsentrasi menyelesaikan kuliahnya. Karena selain Husna telah lulus kuliah di UNS, ia juga sudah bekerja sebagai Psikolog. Keahlian Husna dalam menulis sudah membuahkan hasil. Penghasilan Husna cukup dapat membiayai kebutuhan adiknya yang mengambil program D-3, serta adik bontotnya yang bernama Sarah yang masih mondok di Pesantren.





Azzam yang sudah sangat rindu dengan keluarganya memutuskan untuk serius dalam belajar, hingga akhirnya berhasil lulus. Azzam pun menepati janjinya ke keluarganya untuk kembali ke kampong dan segera mencari jodoh di sana, memenuhi amanat ibunya. Walaupun sebenarnya masih terbersit sedikit harapan untuk tetap mendapatkan hati Anna.


Apakah mungkin Azzam akan berjodoh dengan Anna? Ataukah Eliana yang sebenarnya juga masih penasaran dengan Azzam? Ataukah Azzam berhasil menemukan tambatan hatinya di Indonesia?..

What Is Love ? ?


  1. What is love? Hampir bisa di pastikan semua insan dalam jagad raya ini pernah merasakan apa itu love. Dengan cinta orang bisa bahagia, tersenyum - senyum, tertawa bahkan ada pula yang menangis tersedu. Cinta bagaikan jailangkung datang tak diundang dan pergipun terkadang tak pernah kita duga. Karena itulah arti cinta menjadi beragam, setiap orang punya pendapat dan asumsi masing - masing.

    Cinta sejati sesungguhnya datang dari lubuk hati yang paling dalam, cinta sejati hanya datang sekali dan cinta sejati hanya ada dalam hati dan Cinta adalah anugerah terbesar yang di berikan Tuhan kepada kita.
    Kita lahir di muka bumi ini karena cinta
    Kita bisa hidup karena cinta
    Kita bisa memulai hidup karena ada cinta
    Kita mau melakukan sesuatu karena cinta
    Kita rela berkorban karena cinta
    Kita bahagia karena cinta, dan
    Kita bisa bersedih karena cinta.
    Setiap pelaku cinta adalah sosok yang nekad dan belajar cari masalah, why? karena cinta adalah hal yang indah namun penuh rintangan untuk mendapatkannya, kecewa dan menyesal adalah perasaan yang paling mungkin akan dirasakan pelaku cinta.
    Sang pelaku cinta adalah sosok yang harus rela menghadapi berbagai rintangan yang mendahang, mengorbankan perasaan, waktu dan banyak biaya.
    Akhirnya cinta adalah hal semu yang nyata dampaknya, dan....Cinta tak selamnya harus memiliki
    .

Zivilia ~ Aishiteru (HD Video Clip)