Saturday 18 February 2012

cinta,rindu dan sayang



Cinta Jarak Jauh Ialah Ujian Dari Allah S.W.T Untuk Uji Pasangan Yang Bercinta
Malah Ada Yang Berkata Ini Ujian Sebeum Pasangan Itu Ditemukan Jodoh
Pasangan Yang Semakin Lama Bertahan Semakin Banyak Pula Bergadoh
Atau Bertengkar Walau Hanya Pekara Remeh Kerana Hati Makin Sayang.


Pekara ini berlaku pada aku sendiri yang diuji pelbagai dugaan 
pergaduhan,bertengkar dan bermacam lagi yang berlaku
semua ini aku lalui dengan sabar dan melalui dengan tabah.


Semakin jauh aku semakin cemburu and semakin risau yang
membuak-buak.Baru-baru ini dia memberitahu hendak pergi
ke perak untuk Kem falitor sahabat sampai 3 hari tidur
kat sana.memang aku risau gila la.


Aku pernah merayu supaya jangan pergi tapi rayuan tak diendahkan
mestilah hati sedih dan rasa tak rela nak melepaskannya.
namun apa boleh dikatakan hanya boleh bersabar dan reda.


Hati aku semakin hari makin sayang sebab itulah hati aku
risau sangat tentang dia yang jauh dariku.
moga aku dapat melalui dugaan ini dan dijodohkan bersamanya
suatu hari nanti..Insyallah.

I Love <3Nur Syazlyana Binti Zakaria <3 so much..

Sunday 5 February 2012

Chelsea 3-3 Man United

Chelsea vs Man United: Danny Welbeck, Branislav Ivanovic

Fergie mahu empat penalti

Pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson telah menyatakan yang mereka sepatutnya mempunyai empat penalti.
United telah kembali dari berada tiga gol belakang dan mendapatkan keputusan seri dan satu mata yang penting dari Stamford Bridge di mana mereka belum pernah menang dalam 10 tahun.
Sementara pengurus Chelsea Andre Villas-Boas berasa yang penalti kedua yang diberi United tidak adil, Ferguson yakin yang kedua-dua penalti yang diberi pasukannya tepat pada masanya dan berasa dia sepatutnya mendapat dua lagi.
"Kami mendapat dua tendangan penalti dalam separuh masa kedua. Walaubagaimanapun saya berasa yang kami sepatutnya mendapat empat." kata Ferguson dan juga telah menyatakan yang Gary Cahill sepatutnya dibuang padang setelah mengasari Danny Welbeck selepas minit ke 10.
"Dia sepatutnya dibuang padang."
"Saya tidak menyalahkan Howard Webb. Saya menyalahkan penolongnya."
Walaupun tidak puas dengan keputusan, Ferguson setuju yang pasukannya telah kehilangan dua mata.
"Ia adalah kehilangan dua mata kerana kami bermain dengan baik kecuali 10 minit pertama separuh masa kedua." Ferguson membertitahu Sky Sports 1.
"Ia tidak senang untuk kembali dari tiga gol."
"Kami terpaksa bertungkus-lumus."