Penyerang Man City, Edin Dzeko (Kanan) menjaringkan gol keduanya semasa pertemuan pusingan ke-4 Piala Carling menentang Wolverhampton di Stadium Molineux pada 26 Oktober 2011. City menang 5-2.
LONDON, (AFP) - Manchester City meneruskan rentak kemenangan mereka daripada kejayaan membelasah Man Utd dengan menjadikan Wolves sebagai mangsa pada saingan Piala Carling yang berlangsung semalam sekaligus menempah tiket ke suku akhir.
Anak buah membenam Wolves dengan penuh bergaya 5-2 dan memberi petanda jelas kepada lawan mereka tentang keseriusan untuk meraih kejuaraan trofi musim ini.
Dua jaringan Edin Dzeko serta disusuli kemudiaan jaringan Adam Johnson, Samir Nasri dan a Dorus De Vries melengkapkan kemenangan City pada perlawanan di Stadium Molineux tersebut.
Namun, City terlebih dahulu dikejutkan tuan rumah menerusi gol pembukaan Nenad Milijas pada minit ke-18 namun kebangkitan pemain City selepas itu sukar disekat dan menyaksikan mereka membalasnya dengan lima gol.
Gol saguhati kedua dijaringkan Jamie O'Hara pada babak akhir permainan tetapi ia sudah terlewat buat skuad bimbingan Mick McCarthy.
Dalam keputusan perlawanan lain menyaksikan Chelsea berjaya bangkit daripada kekalahan mengejut dengan membenam Everton 2-1, Liverpool menewaskan Everton 2-1 dan Newcastle pula tewas 4-3 kepada Blackburn dalam perlawanan yang bersambung hingga masa tambahan.
No comments:
Post a Comment