Wednesday 21 December 2011

United Kembali..

Fulham vs Man Utd: Ryan GiggsFulham 0-5 Man United

Manchester United membelasah Fulham dengan kemenangan kedua dalam empat hari dan meneruskan tekanan ke atas ketua liga City. 
Pasukan Sir Alex Ferguson telah meneruskan prestasi cemerlang mereka untuk mengurangkan jarak dari ketua liga Manchester City.
Danny Welbeck telah mengambil kesempatan dari kesilapan barisan pertahanan Fulham untuk memecahkan kebuntuan pada minit kelima.
Nani telah mara ke hadapan di sayap kiri padang dan memberi hantaran yang cantik kepada Welbeck yang telah menyepaknya dengan senang.
Phil Jones pula digantikan dengan Ashley Young setelah cedera dari cabaran ke atas Dempsey.
Giggs telah menendang tendangan pendek sudut beliau kepada Antonio Valencia yang telah memberi hantaran tepat yang Nani menanduk masuk pada minit ke 28.
United meneruskan serangan mereka dengan Philipe Senderos menjadi mangsa setelah beliau mengasari Welbeck.
Nani kemudian dibenarkan untuk memberi bola kepada Giggs, yang telah merembat bola masuk setelah tertepis Senderos.
Selepas masa rehat, Fulham kelihatan telah berubah permainan dengan serangan mereka sendiri.
Perlawanan memasuki 20 minit terakhir sebelum Rooney mendapatkan gol dari jarak jauh dua minit sebelum masa penamat.
Pemain gantian Berbatov mengakhiri fiesta gol dengan tendangan belakang dari hantaran Valencia pada minit ke 90.

No comments:

Post a Comment