Saturday, 5 November 2011

Kim Swee tetap sasaran peribadi


Ahad, 6 November 2011

Image © AFP
Baddrol Bakhtiar akan menjadi inspirasi rakan-rakannya di atas padang di Jakarta nanti. (gambar arkib)

KUALA LUMPUR, (D5) - Biarpun hadir di Jakarta dengan objektif mempertahankan emas Sukan SEA, Ong Kim Swee menetapkan sasaran peribadi terhadap skuad kendaliannya.

Jurulatih itu lebih senang untuk menumpukan perhatian untuk mara ke peringkat separuh akhir terlebih dahulu kerana sedar adalah penting untuk anak buahnya tidak terlalu tertekan untuk ke peringkat saingan kalah mati.

"Kami perlu memberi tumpuan kepada peringkat kumpulan terlebih dahulu.

"Perlawanan pertama cukup penting kerana kita tahu Singapura memiliki kewibawaan terutamanya ketika bertemu pasukan Malaysia," katanya selepas tiga hari pasukan Malaysia menjalani latihan di Stadium Bung Karno.

Walaupun menggalas tanggungjawab yang besar, Kim Swee tetap optimis dengan kemampuan skuadnya dengan berkata, "Kebimbingan tidak terlalu ketara ekrana kami telah menempuhi banyak perlawanan serta pengalaman yang cukup luas."

Pasukan Malaysia akan memulakan kempen bola sepak Sukan SEA menentang Singapura pada jam 4:45 petang yang akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro 801. 

No comments:

Post a Comment