Saturday 10 December 2011

Real Madrid 1-3 Barcelona

Barcelona kembali dari jaringan gol terpantas sejarah El Clasico untuk memecahkan rekod kemenangan 15 perlawanan oleh Real Madrid. 



Walaupun telah memenangi La Liga tiga tahun berturut-turut dan mengatasi Real dalam liga domestik dan Liga Juara-Juara, pasukan Pep Guardiola bukan pilihan kegemaran dalam perlawanan El Clasico kini.
Prestasi Madrid dan kedudukan mereka di atas Barca dengan satu perlawanan dalam tangan dan mendahului dengan tiga mata juga jelas mengapa ia begitu, apa lagi dengan jaringan Karim Benzema setelah hanya 23 saat.
Tetapi Barcelona menunjuk mengapa mereka disertakan dalam Piala Kelab Dunia FIFA sebagai wakil kelab terbaik di Eropah, dengan tiga jaringan gol.
Gol pertama dan ketiga oleh Alexis dan Cesc Fabregas dijaringkan 60 saat setelah dua percubaan oleh Christiano Ronaldo yang terlepas sasaran sementara gol kedua oleh Xavi yang telah bermanfaat dari rembatannya yang terpesong masuk.
Valdes telah tertendang bola ke Angel Di Maria dan tendangan Mesut Ozil dihalang Serio Busquests tetapi Benzema tiba di masa yang tepat untuk memasukkan bola.
Madrid telah menguasai perlawanan setakat ini, Ronaldo meneriman bola dari Benzema di luar kotak penalti dan mengambil peluang untuk mencuba nasibnya walaupun boleh memberinya kepada Di Maria, dia terlepas sasaran.
Alexis pula mengambil peluangnya dengan baik dan menjaringkan gol setelah Messi menggelecek bola melalui barisan pertahanan Real pada minit ke-30 dan menyamakan kedudukan.
Selepas masa rehat, Xavi yang bintangi gerak serangan dengan penampilan ke-600 untuk Barca dengan percubaan yang bernasib baik. Rembatannya dari jauh telah terpesong oleh Marcelo masuk.
Madrid kelihatan terkejut dengan kehilangan kelebihan gol mereka dan Ronaldo telah sekali lagi terlepas assaran dengan tandukkan yang luas.
Dalam 60 saat selepas peluang Ronaldo, Fabregas menanduk bola masuk setelah menerima hantaran tepat Dani Alves.
Madrid meneruskan serangan mereka tetapi ia terlalu lambat.
Malam El Clasico ini, Barca menyerlah.

No comments:

Post a Comment