Tuesday, 25 October 2011

Kompany kapten tetap City

Roberto  Mancini mengesahkan Carlos Tevez bukan lagi kapten skuad Manchester City

Penyerang antarabangsa Argentina berusia 27 tahun itu secara terbuka mengulangi hasratnya untuk meninggalkan City pada musim panas ini,tetapi gagal menemui kelab baru sebelum pasaran perpindahan permain ditutup.
Walaupun dia kini telah kembali cergas sepenuhnya dan telahpun menbuat kemunculan semula,posisinya sebagai kapten telah diserahkan kepada permain pertahanan,Vincent Kompany,yang telah  memikul tanggungjawab tersebut pada tiga perlawanan pertama City.kerana permintaannya untuk meninggalkan kelab.
"kapten pasukan kini ialah Vincent Kompany"kata Mancini "sebab-sebab adalah mudah.Tevez mahu meninggalkan kelab pada musim panas ini di atas sebab-sebab keluarga.
"saya menghormati keputusannya untuk meninggalkan kelab,tetapi Tevez masih berada di sini kerana kami tidak menemui penyelesaian masalah buatnya.
"dia merupakan permain yang hebat buat kami,permain yang mampu menjaringkan 20gol semusim,tetapi saya telah membuat keputusan bahawa Kompany adalah kapten pasukan".

No comments:

Post a Comment