Monday 28 November 2011

Nazmi pemain terbaik negara ketika menentang Bahrain


Image © AFP 
Pemain negara Muhamad Nazmi Faiz Mansor (bawah,tengah) berusaha keras merebut bola dengan pemain Bahrain ketika beraksi dalam perlawanan Kelayakan Olimpik Zon Asia di Bukit Jalil, 27 November 2011.

KUALA LUMPUR - Bintang muda negara Muhamad Nazmi Faiz Mansor terkilan apabila gagal merealisasikan hasrat peminat yang mahu menyaksikan Malaysia meraih kemenangan ke atas Bahrain.
Pemain yang beraksi di bahagian tengah ini nyata merupakan pemain terbaik negara ketika kekalahan mengecewakan 3-2 kepada Bahrain di Stadium Bukit Jalil itu.
Malah nama Nazmi Faiz kini semakin meniti di bibir peminat bola sepak tanah air dengan aksi di tengah padang dengan merekodkan gol cantik, antarabangsa pertamanya.
Anak muda berusia 17 tahun dari Kuala Lumpur ini mempamer aksi cukup matang menerusi kawalan bola kemas dan hantaran yang mampu mengucar-kacirkan  pertahanan lawan.
Nazmi yang merupakan antara tonggak skuad Sukan Sea Malaysia membuktikan dia juga mampu menjadi penyumbang jaringan buat skuad negara. Apa yang perlu, bakatnya perlu digilap untuk menjadi pemain bertaraf dunia suatu hari nanti.

Sunday 27 November 2011

Kekalahan Malaysia sukar diterima


 Isnin, 28 November 2011

Mahalli Jasuli (kanan) mengejar bola semasa menentang Bahrain dalam perlawanan Kumpulan C Pusingan Kelayakan Olimpik di Bukit Jalil pada 27 November 2011.
 
           
KUALA LUMPUR,  - Biarpun Bahrain bermain dalam sepuluh pemain, namun Malaysia gagal mengekang kemaraan mereka apabila tewas 3-2 dalam perlawanan Kelayakan Sukan Olimpik, Kumpulan C, di Stadium Bukit Jalil.
Apa yang lebih sukar untuk diterima peminat, Bahrain hanya mengambil masa lima minit pada babak kedua untuk mencapai kemenangan selepas ketinggalan 2-0. Bahrain bangkit menerusi jaringan Saad Salah Al Amer pada minit ke-80 dan dua gol oleh Isa Ahmed Muthanna pada minit ke-85 dan 86.
Pada awalnya, rembatan luar kotak penalti oleh Muhammad Nazmi Faiz Mansor pada minit ke-27 meletak Malaysia didepan dengan kedudukan 1-0. Nazmi yang mengawal kemas hantaran jauh daripada bawah, berjaya melepaskan rembatan di luar kotak penalti ke arah sudut kanan gol untuk menewaskan penjaga gol Bahrain, Ashraf Waheed.
Gol tersebut nyata menaikkan semangat Malaysia untuk melakukan serangan demi serangan, sekaligus mengubah corak permainan untuk lebih agresif.
Tersentak dengan gol tersebut, Bahrain turut melakukan serangan-serangan berbahaya di kubu Malaysia. Fahad Tareq menerima nasib malang apabila menerima kad merah selepas mengasari Mohd Affize Faizal pada minit ke 55, dalam pada ketika dia turut mengerang kesakitan.
Dalam keadaan kelam kabut di depan pintu gol Bahrain, Mahali Jasuli kemudiannya tampil menjaringkan gol kedua pada minit ke 60.
Kehilangan Nazmi akibat kecederaan nyata mencacatkan corak permainanan Malaysia. Malah, kelekaan benteng pertahanan negara membawa padah apabila Bahrain mula mengatur gerakan pantas dan teratur untuk memburu gol.
Sorakan penyokong di stadium tiba-tiba senyap apabila Bahrin meraih gol pertama mereka menerusi Saad Salah pada minit ke-80. Pada minit ke 85, Bahrain menyamakan kedudukan menerusi Isa Ahmed, sebelum dia sekali lagi merembat masuk seminit kemudian, hasil daripada sepakan percuma untuk menewaskan Kharul Fahmi Che Mat.
Sebelum itu, peluang kemasan diperolehi Wan Zack Haikal tetapi, gagal disempurnakan dengan baik pada minit ke-8. Di awal permainan, Bahrain turut memiliki peluang terbaik apabila hantaran cantik melewati pintu gol yang terbuka luas, gagal disempurnakan oleh Sami Mohamed pada minit ke-17.
Pada minit ke-37, Thamil Arasu dilayangkan kad kuning kerana tidak mengendahkan tiupan wisel pengadil selepas dia berada dalam kedudukan ofsaid.
Penampilan Wan Zack Haikal tidak begitu menyerlah dan tambahan pula dia mengalami kecederaan, membuatkan Ong Kim Swee terpaksa menggantikannya dengan Shahrul Azwari pada minit ke-40.
Harapan Malaysia untuk beraksi pada Sukan Olimpik 2012 semakin pudar selepas menerima kekalahan ketiga itu dan ia adalah kemenangan pertama Bahrain dalam kumpulan C.
Malaysia dijadualkan menentang Bahrain pada perlawanan timbal balik pada 5 Februari depan sebelum menerima kunjungan Jepun pada 22 Feb depan dan menutup aksi kumpulan dengan menentang Syria pada 14 Mac nanti. 

Monday 21 November 2011

Harimau Muda kekalkan pingat emas Sukan Sea

Selasa, 22 November 2011


Image © AFP 
Pasukan Malaysia meraikan kejayaan memenangi pingat emas acara bola sepak selepas menewaskan Indonesia dalam perlawanan akhir Sukan Sea ke-26 di Jakarta, 21 November 2011.


KUALA LUMPUR, (Arena.my) - Sukar untuk menggambarkan betapa gembiranya seluruh peminat bola sepak Malaysia apabila skuad bawah-23 negara mencipta sejarah dengan berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Sea selepas menewaskan Indonesia di peringkat akhir.
Aksi yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno dalam lautan penyokong tempatan nyata mendebarkan sehinggalah menyaksikan kemenangan Malaysia 5-4, 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.
Baddrol Bakhtiar yang mengambil sepakan terakhir menjadi wira apabila mengesahkan kemenangan Malaysia, biarpun tendangannya hampir-hampir diselamatkan.
Terdahulu, sepakan pemain Indonesia, Gunawan terkena tiang untuk memberi harapan kepada Malaysia. Namun tendangan penyerang negara Fakri turut diselamatkan, sebelum Khairul Fahmi kembali mencerahkan peluang selepas menyelamatkan tendangan lawan.
Dalam aksi 90 minit, Indonesia meraih gol pembukaan hasil tandukan Gunawan pada minit ke-5 permainan selepas menyambut baik sepakan penjuru. Gol tersebut nyata menggamatkan Stadium dan menyentap semangat pemain anak buah Ong Kim Swee, namun ia tidak menggagalkan skuad negara untuk memburu gol.
Malaysia berjaya menyamakan kedudukan hasil tandukan Asrarudin Putra di sebelah kiri gol pada minit ke 35, selepas menyempurnakan sepakan penjuru. Saingan cukup mendebarkan dengan aksi agresif dalam 45 minit pertama yang turut menyaksikan banyak percubaan-percubaan berbahaya daripada kedua-dua pasukan.
Malaysia hampir-hampir menambahkan jaringan selepas percubaan depan pintu gol apabila rembatan Asrarudin tepat menuju kearah penjaga gol Indonesia, sebelum percubaan Irfan juga didakap.
Pada minit ke 57, pertembungan pemain didepan pintu gol Indonesia, nyaris-nyaris membuahkan jaringan untuk Malaysia.
Kedua-dua pasukan berbalas serangan dan Malaysia sekali lagi mendapat peluang keemasan apabila jolokan baik daripada Irfan gagal disudahkan oleh Fakri.
Pada separuh masa kedua bermula, Indonesia mempamerkan penguasaan dan turut menyaksikan percubaan -percubaan bahaya terutamanya daripada penyerang berbisa Bonai.
Kedudukan 1-1 kekal sehingga 90 minit dan juga 30 minit masa tambahan, sekaligus memaksa pengadil mengheret permainan hingga ke penentuan penalti.
Ia adalah kemenangan pingat emas keenam dimenangi skuad bola sepak Malaysia dalam Sukan Sea selepas kali terakhir diperolehi pada 2009 di Loas.

Wednesday 9 November 2011

Izzaq Faris hadiahkan tiga mata buat negara



Khamis, 10 November 2011

Image © AFP
Pemain kebangsaan, Izzaq Faris Ramlan (kanan) meraikan jaringannya ke atas Thailand bersama rakan sepasukan di peringkat kumpulan Sukan SEA di Jakarta.

KUALA LUMPUR, (D5) - Persembahan meyakinkan daripada pasukan Malaysia! Izzaq Faris Ramlan muncul wira negara dengan meledakkan gol kemenangan ke atas Thailand.

Malaysia yang turun bagi perlawanan kedua di Stadium Gelora Bung Karno merekodkan kemenangan 2-1  dan terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-24.

Kapten negara itu tidak mempersiakan peluang terhidang apabila tenang menolak masuk bola ke dalam gawang untuk memberi suntikan keyakinan kepada rentak permainan negara.

Sejak wisel dibunyikan, Thailand berusaha memburu gol penyamaan, bagaimanapun mereka tidak gopoh dalam mengaturkan serangan. Pasukan Gajah Putih itu tenang mengatur gerakan dari bahagian tengah sambil mengintai lorongan-lorongan yang boleh menghukum pasukan negara.

Walaupun bagaimanapun, Malaysia mula mendapat semula rentak permainan yang menyaksikan kelicikan Syahrul Azwari Ibrahim banyak memainkan peranan di barisan serangan.

Dia beberapa kali hampir mencatatkan namanya sebagai penjaring sekalipun secara berseorangan. Penyerang berasal dari Kota Bharu tergelincir tatkala sudah berjaya melepasi kawalan pemain lawan.

Malaysia semakin garang dan terlepas peluang untuk mengukuhkan kedudukan apabila Syahrul Azwari memilih untuk menghantar bola ke kawasan kotak penalti biarpun dia sendiri berpeluang untuk melakukan percubaan.

Thailand yang bermain dengan 10 pemain akibat kecederaan sebaliknya menghukum kealpaan pertahanan. Khairul Fahmi Che Mat tertewas selepas pertahanan negara sekadar memerhatikan rembatan penyerang lawan dari dalam kotak penalti.

Bagaimanapun sembilan minit kemudian, pemain gantian, Izzaq Faris yang masuk menggantikan Wan Zaharul Nizam melenyapkan kegusaran negara. Dia membalas kepercayaan Ong Kim Swee dengan melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti.

Malaysia kemudian meneruskan asakan di minit-minit akhir perlawanan sehingga berjaya mencemaskan kubu lawan.

Monday 7 November 2011

Mata Bangkit Dalam Babak Barunya di Chelsea

Apabila Juan Mata ditunjukkan jalan keluar oleh Real Madrid pada tahun 2007,dia bimbang peluangnya  untuk menuju kegemilangan ialah berakhir untuk selama-lamanya...


Dalam era yang mana fokus Real Madrid adalah menrekrut permain bintang dan obsesi komersial untuk mendomitasikan pasaran penjualan jersi replika,permain muda berpontensi seperti Mata tidak pernah dharapkan akan menempatkan diri dalam pasukan yang sarat dengan aura bintang seperti Beckham,Raul,Robinho.


Ini bagaikan tidak bermakna bahawa Mata cenmerlang dalam pasukan kedua Real Madrid selepas dia disambar Real Ovieda sebagai permain yang berpontensi pada usia 15 tahun apabila budaya selebriti di kelab menyaksikan dia dihantar ke Valencia.


Berpindah ke Stadium Mestalla dianggap sebagai turun pangkat untuk remaja yang menetapkan misi mengecapkan kegemilangan di kelab paling bersejarah di Sepayol,namun inilah remaja yang kemudiannya menjadi juara piala dunia sebelum menyempurnakan perpindahan 23.5 juta ke Chelsea bulan Ogos lalu.inilah remaja yang mengakui rasa kecewa ditolak telah membakar semagatnya untuk berjaya


"Hanya untuk merasai kehidupkan di Real Madrid menbuatkan saya mahu menjadi sebahagian daripada  sejarah besar bola sepak dan hari mereka menjual saya telah menjadi permulaan karier saya", kata Mata yang segera mengukuhkan dirinya sebagai bintang yang semakin menyinar dalam pasukan utama valencia.


"Memang mengagumkan untuk dipilih ke Real Madrid dan bergaul dengan nama-nama besar.Itu pengalaman yang takkan saya lupakan.meninggalkan keluarga saya dan berpindah sendirian merupakan satu cabaran tapi ini adalah sebahagian daripada perjalanan saya.".


"saya tidak terkejut apabila Real Madrid memberitahu mereka mahu menjual saya ke Valencia pada 2007 kerana beginilah cara kelab berfunsi.mereka membeli permain terkenal dan permain muda akan sentiasa menyedari bahawa sukar untuk berjaya memasuki pasukan utama".


"jadi saya berkata kepada diri sendiri,saya bertuah menjadi sebahagian daripada pasukan Real Madrid untuk waktu yang singkat,kini saya menmafaatkan pengalaman itu dan membuktikan bakat saya cukup bagus untuk membawa saya bermain ke tahap yang ada di Real Madrid.


Valencia menletakkan kepercayaan yang tinggi pada saya dan ini tugas saya untuk membalas kembali.sokogan mereka,harapnya mereka kini boleh mengatakan saya telah melakukannya.saya tiba di kelab secara percuma dan mereka menerima bayaran yang cukup bagus untuk saya menyertai Chelsea .saya juga memberikan waktu memgembirakan semasa berada di dalm kelab jadi semua orang bersetuju dengan perjanjian ini.

Saturday 5 November 2011

Kim Swee tetap sasaran peribadi


Ahad, 6 November 2011

Image © AFP
Baddrol Bakhtiar akan menjadi inspirasi rakan-rakannya di atas padang di Jakarta nanti. (gambar arkib)

KUALA LUMPUR, (D5) - Biarpun hadir di Jakarta dengan objektif mempertahankan emas Sukan SEA, Ong Kim Swee menetapkan sasaran peribadi terhadap skuad kendaliannya.

Jurulatih itu lebih senang untuk menumpukan perhatian untuk mara ke peringkat separuh akhir terlebih dahulu kerana sedar adalah penting untuk anak buahnya tidak terlalu tertekan untuk ke peringkat saingan kalah mati.

"Kami perlu memberi tumpuan kepada peringkat kumpulan terlebih dahulu.

"Perlawanan pertama cukup penting kerana kita tahu Singapura memiliki kewibawaan terutamanya ketika bertemu pasukan Malaysia," katanya selepas tiga hari pasukan Malaysia menjalani latihan di Stadium Bung Karno.

Walaupun menggalas tanggungjawab yang besar, Kim Swee tetap optimis dengan kemampuan skuadnya dengan berkata, "Kebimbingan tidak terlalu ketara ekrana kami telah menempuhi banyak perlawanan serta pengalaman yang cukup luas."

Pasukan Malaysia akan memulakan kempen bola sepak Sukan SEA menentang Singapura pada jam 4:45 petang yang akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro 801. 

Friday 4 November 2011

Atletico menang besar, Fulham hampir mara


Pemain Udinese, Emmanuel Agyemang-Badu (kiri) berusaha merebut bola dengan pemain Atletico Madrid, Eduardo Salvio ketika saingan Kumpulan I, Liga Europa antara Atletico de Madrid dan Udinese di Stadium Vicente Calderon di Madrid.

MADRID, (PA Sports) - Atletico Madrid memadamkan rekod tanpa kalah Udinese dalam saingan Kumpulan I, Liga Europa selepas mengecewakan pasukan itu 4-0.
Udinese yang tiba di Stadium Vincente Calderon dengan penuh keyakinan dan menyedari sekiranya menang akan membawa mereka dalam kedudukan 32 terbaik.
Namun, impian mereka musnah selepas Atletico mendahului 3 gol di separuh masa pertama apabila Adrian Lopez menjaringkan dua gol sebelum Diego menambah menjaring. Pada separuh masa kedua pula, Falcao Garcia melengkapkan kemenangan Atletico dengan jaringan keempat mereka.
Manakala jurulatih FC Twente, Co Adriaanse menarik nafas lega setelah skuadnya berjaya melayakkan diri ke peringkat kalah mati apabila pemain simpanan Leroy Fer menjaringkan gol diminit 82 untuk menumpaskan kelab Denmark, Odense BK 3-2 dalam Kumpulan K.
Kemenangan itu membawa FC Twente mengumpul 10 mata dari empat perlawanan, tiga mata mengatasi saingan terdekat Fulham yang turut menghampiri kelayakan apabila pemainnya Damien Duff, Steve Sidwell dan Andrew Johnson menjamin kemenangan 4-1 keatas Wisla Krakow.
Sementara itu, kelab pendahulu liga Belgium, Anderlecht turut mara ke peringkat seterusnya dengan mengekalkan 100 peratus kemenangan dalam Kumpulan L selepas  menang buat kali keempat ketika menewaskan Sturm Graz 3-0.
Kelab Moscow, Lokomotiv Moskva pula kini berada di tangga kedua dengan 9 mata selepas menewaskan pasukan AEK Athens 3-1 hasil jaringan Denis Glushakov, Maicon dan Vladislav Ignatyev.
Dalam saingan Kumpulan G, Metalist mengekalkan penguasaannya dengan kemenangan keatas Malmo 3-1. AZ Alkmaar berada ditangga kedua, satu mata mengatasi Austria Vienna selepas mengecewakan pasukan itu  2-0.
Sporting Braga melompat dari tangga ketiga ke kedudukan pertama Kumpulan H selepas menang besar 5-0 keatas Maribor. Lima, Alan, Uwa Echiejile, Paulo Vinicius dan Fran Merida masing-masing menghadiahkan gol.
Dalam keputusan lain menyaksikan Birmingham dan Club Brugge berkongsi satu mata selepas terikat 2-2 dalam saingan Kumpulan H. Celtic meraih peluang untuk mara ke peringkat seterusnya selepas pemainnya Anthony Stokes menjaringkan gol kemenangan 3-1 keatas Stade Rennes dalam Kumpulan I.
Pendahulu Kumpulan J, Schalke seri tanpa jaringan dengan AEK Larnaca, sementara Steaua Bucharest mara selepas mencatat kemenangan 4-2 keatas Maccabi Haifa.