Monday, 28 November 2011

Nazmi pemain terbaik negara ketika menentang Bahrain


Image © AFP 
Pemain negara Muhamad Nazmi Faiz Mansor (bawah,tengah) berusaha keras merebut bola dengan pemain Bahrain ketika beraksi dalam perlawanan Kelayakan Olimpik Zon Asia di Bukit Jalil, 27 November 2011.

KUALA LUMPUR - Bintang muda negara Muhamad Nazmi Faiz Mansor terkilan apabila gagal merealisasikan hasrat peminat yang mahu menyaksikan Malaysia meraih kemenangan ke atas Bahrain.
Pemain yang beraksi di bahagian tengah ini nyata merupakan pemain terbaik negara ketika kekalahan mengecewakan 3-2 kepada Bahrain di Stadium Bukit Jalil itu.
Malah nama Nazmi Faiz kini semakin meniti di bibir peminat bola sepak tanah air dengan aksi di tengah padang dengan merekodkan gol cantik, antarabangsa pertamanya.
Anak muda berusia 17 tahun dari Kuala Lumpur ini mempamer aksi cukup matang menerusi kawalan bola kemas dan hantaran yang mampu mengucar-kacirkan  pertahanan lawan.
Nazmi yang merupakan antara tonggak skuad Sukan Sea Malaysia membuktikan dia juga mampu menjadi penyumbang jaringan buat skuad negara. Apa yang perlu, bakatnya perlu digilap untuk menjadi pemain bertaraf dunia suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment