Thursday 22 December 2011

barca pesta Goal

Sergi Roberto

Barca sumbat sembilan gol

Barcelona mara ke 16 terakhir Copa del Rey dengan kemenangan 9-0 ke atas Hospitalet di Nou Camp.
Dengan hanya kelebihan 1-0 pada perlawanan pertama, Pep Guardiola menghantar pasukan yang hebat untuk menentang pasukan Segunda Division B itu.
Pedro menjaringkan gol pertama dengan jaringan penalti pasa minit ke-12 sebelum gol dari Iniesta, Thiago,Xavi dan Cristin Tello pada separuh masa pertama.
Isaac Cuenca menajringkan dua gol pada minit kedua, Tello menjaringkan gol keduanya dan Thiago menjaringkan penalti pada minit ke-55.

Wednesday 21 December 2011

United Kembali..

Fulham vs Man Utd: Ryan GiggsFulham 0-5 Man United

Manchester United membelasah Fulham dengan kemenangan kedua dalam empat hari dan meneruskan tekanan ke atas ketua liga City. 
Pasukan Sir Alex Ferguson telah meneruskan prestasi cemerlang mereka untuk mengurangkan jarak dari ketua liga Manchester City.
Danny Welbeck telah mengambil kesempatan dari kesilapan barisan pertahanan Fulham untuk memecahkan kebuntuan pada minit kelima.
Nani telah mara ke hadapan di sayap kiri padang dan memberi hantaran yang cantik kepada Welbeck yang telah menyepaknya dengan senang.
Phil Jones pula digantikan dengan Ashley Young setelah cedera dari cabaran ke atas Dempsey.
Giggs telah menendang tendangan pendek sudut beliau kepada Antonio Valencia yang telah memberi hantaran tepat yang Nani menanduk masuk pada minit ke 28.
United meneruskan serangan mereka dengan Philipe Senderos menjadi mangsa setelah beliau mengasari Welbeck.
Nani kemudian dibenarkan untuk memberi bola kepada Giggs, yang telah merembat bola masuk setelah tertepis Senderos.
Selepas masa rehat, Fulham kelihatan telah berubah permainan dengan serangan mereka sendiri.
Perlawanan memasuki 20 minit terakhir sebelum Rooney mendapatkan gol dari jarak jauh dua minit sebelum masa penamat.
Pemain gantian Berbatov mengakhiri fiesta gol dengan tendangan belakang dari hantaran Valencia pada minit ke 90.

Friday 16 December 2011

Barcelona gembira dengan undian

Football News: Cesc FabregasBintang Barcelona Cesc Fabregas dan Gerard Pique bergembira dengan keputusan Liga Juara-Juara dan akan menghadapi Bayer Leverkusen. 


Fabregas mengakui yang pasukan Jerman itu bukan cabaran yang mudah tetapi lega telah mengelak Zenit St Petersburn dan CSKA moskow kerana ia akan memakan masa rehat pemain.
Dia menyatakan di Twitter: "Kami harus ke Jerman. Bayer 04 Leverkusen. Pasukan Jerman selalunya kuat. Kami telah mengelak pasukan Rusia. Baik."
Gerard Pique teruja akan peluang untuk bermain di suasana stadium Jerman.
Pique menyatakan di Twitter: "Kami akan bertemu Bayer Leverkusen! Bagus! Saya memang menunggu peluang untuk bermain di stadium Jerman. Ia adalah suasana yang bagus untuk bermain bola sepak!"
Barcelona adalah pilihan kegemaran untuk ke pusingan seterusnya. Perlawanan pertama dijadualkan pada 14 Febuari di BayArena.

Saturday 10 December 2011

Real Madrid 1-3 Barcelona

Barcelona kembali dari jaringan gol terpantas sejarah El Clasico untuk memecahkan rekod kemenangan 15 perlawanan oleh Real Madrid. 



Walaupun telah memenangi La Liga tiga tahun berturut-turut dan mengatasi Real dalam liga domestik dan Liga Juara-Juara, pasukan Pep Guardiola bukan pilihan kegemaran dalam perlawanan El Clasico kini.
Prestasi Madrid dan kedudukan mereka di atas Barca dengan satu perlawanan dalam tangan dan mendahului dengan tiga mata juga jelas mengapa ia begitu, apa lagi dengan jaringan Karim Benzema setelah hanya 23 saat.
Tetapi Barcelona menunjuk mengapa mereka disertakan dalam Piala Kelab Dunia FIFA sebagai wakil kelab terbaik di Eropah, dengan tiga jaringan gol.
Gol pertama dan ketiga oleh Alexis dan Cesc Fabregas dijaringkan 60 saat setelah dua percubaan oleh Christiano Ronaldo yang terlepas sasaran sementara gol kedua oleh Xavi yang telah bermanfaat dari rembatannya yang terpesong masuk.
Valdes telah tertendang bola ke Angel Di Maria dan tendangan Mesut Ozil dihalang Serio Busquests tetapi Benzema tiba di masa yang tepat untuk memasukkan bola.
Madrid telah menguasai perlawanan setakat ini, Ronaldo meneriman bola dari Benzema di luar kotak penalti dan mengambil peluang untuk mencuba nasibnya walaupun boleh memberinya kepada Di Maria, dia terlepas sasaran.
Alexis pula mengambil peluangnya dengan baik dan menjaringkan gol setelah Messi menggelecek bola melalui barisan pertahanan Real pada minit ke-30 dan menyamakan kedudukan.
Selepas masa rehat, Xavi yang bintangi gerak serangan dengan penampilan ke-600 untuk Barca dengan percubaan yang bernasib baik. Rembatannya dari jauh telah terpesong oleh Marcelo masuk.
Madrid kelihatan terkejut dengan kehilangan kelebihan gol mereka dan Ronaldo telah sekali lagi terlepas assaran dengan tandukkan yang luas.
Dalam 60 saat selepas peluang Ronaldo, Fabregas menanduk bola masuk setelah menerima hantaran tepat Dani Alves.
Madrid meneruskan serangan mereka tetapi ia terlalu lambat.
Malam El Clasico ini, Barca menyerlah.

Friday 9 December 2011

Kaka: Real mampu meningkat lagi

Football News: Real Madrid vs Rayo Vallecano
Dengan perlawanan El Clasico bersama Barcelona minggu ini, Kaka telah menyatakan yang pasukannya masih mampu meningkat.
Real Madrid mempamerkan prestasi yang dahsyat musim ini setelah menjadi satu-satunya pasukan yang telah memenangi kesemua perlawanan Liga Juara-Juara, serta menguasai La Liga dan mendahului Barcelona dengan tiga mata dan satu perlawanan dalam tangan.
Pertemuan itu memberi Real peluang untuk meluaskan lagi kelebihan mereka di tempat teratas meja, dan memberi amaran kepada Barcelona, yang telah mengatasi mereka pada musim-musim yang lepas.
"Pasukan kami sudah ternyata bagus." Kaka memberitahu AS. "Saya rasa kami masih boleh meningkatkan dan memperbaiki permainan kami."
"Kami ke arah tujuan yang baik dan harus meneruskannya."
Kaka juga menegaskan yang Real tidak akan terjejas dengan perlawanan El Clasico itu dan berkata yang Los Blancos tidak akan hilang fokus.
"Kami memang mimikirkan tentang perlawanan itu, tetapi tidak berbincangkannya."
"Ia jelas satu perlawanan yang bermakna."
Kaka masih berusaha untuk ke dalam pasukan pertama Real setelah kecederaan panjang dan telah menjaringkan empat gol dalam 15 perlawanan musim ini.