Sunday 5 February 2012

Chelsea 3-3 Man United

Chelsea vs Man United: Danny Welbeck, Branislav Ivanovic

Fergie mahu empat penalti

Pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson telah menyatakan yang mereka sepatutnya mempunyai empat penalti.
United telah kembali dari berada tiga gol belakang dan mendapatkan keputusan seri dan satu mata yang penting dari Stamford Bridge di mana mereka belum pernah menang dalam 10 tahun.
Sementara pengurus Chelsea Andre Villas-Boas berasa yang penalti kedua yang diberi United tidak adil, Ferguson yakin yang kedua-dua penalti yang diberi pasukannya tepat pada masanya dan berasa dia sepatutnya mendapat dua lagi.
"Kami mendapat dua tendangan penalti dalam separuh masa kedua. Walaubagaimanapun saya berasa yang kami sepatutnya mendapat empat." kata Ferguson dan juga telah menyatakan yang Gary Cahill sepatutnya dibuang padang setelah mengasari Danny Welbeck selepas minit ke 10.
"Dia sepatutnya dibuang padang."
"Saya tidak menyalahkan Howard Webb. Saya menyalahkan penolongnya."
Walaupun tidak puas dengan keputusan, Ferguson setuju yang pasukannya telah kehilangan dua mata.
"Ia adalah kehilangan dua mata kerana kami bermain dengan baik kecuali 10 minit pertama separuh masa kedua." Ferguson membertitahu Sky Sports 1.
"Ia tidak senang untuk kembali dari tiga gol."
"Kami terpaksa bertungkus-lumus."

No comments:

Post a Comment